Monday, September 28, 2009
DOA TIDAK DIMAKBULKAN OLEH ALLAH
a. Doa orang yang zalim
b. Doa orang yang sentiasa melakukan dosa
c. Doa orang yang memutuskan tali persaudaraan
d. Doa orang yang dilumuri dengan maksiat
e. Doa tanpa sebab yang dilakukan sambil lewa
b. Doa orang yang sentiasa melakukan dosa
c. Doa orang yang memutuskan tali persaudaraan
d. Doa orang yang dilumuri dengan maksiat
e. Doa tanpa sebab yang dilakukan sambil lewa
Sunday, September 27, 2009
SABAR
- Sifat sabar itu dipuji pada syara‘ kerana seseorang yang bersifat sabar menunjukkan ia beriman dengan sempurna kepada Allah, dan menunjukkan ia taat dan menjunjung segala perintah agama.
- Orang yang beriman kepada Allah mengetahui bahawa segala perkara yang berlaku ke atas drinya adalah kehendak Allah yang tidak dapat dielak lagi. Begitulah juga orang yang taat, tidak akan merasa susah dalam mengerjakan segala perintah Allah dan meninggalkan laranganNya.
- Iaitu menahan diri daripada keluh kesah pada sesuatu yang tidak disukai.
- Sifat sabar perlu ketika menghadapi tiga perkara berikut:
1. Menahan diri daripada keluh kesah dan menahan diri daripada mengadu kepada yang lain daripada Allah subhanahu wata‘ala ketika berlaku sesuatu bala atau bencana.
2. Menahan diri dalam mengerjakan segala perintah Allah.
3. Menahan diri dalam meninggalkan segala larangan Allah.
Sunday, September 6, 2009
Keruntuhan Akhlak Remaja Masa Kini
Akhir-akhir
ini terutamanya menjelang abad ke -21,
masalah keruntuhan akhlak dan moral remaja Malaysia terutamanya dari bangsa melayu semakin
serius. Gejala seks bebas, punk, skinhead, blackmetal, lari dari
rumah, buang bayi, mengedar dan menagih dadah, alkohol, ponteng sekolah,
mengugut, menubuhkan kumpulan haram dan banyak lagi begitu menghantui ibubapa
pada masa ini. Itu belum ditambah dengan trend bertukar agama ataupun ‘murtad’.,. Kesemua yang disebutkan tadi hanyalah sebahagian dari
permasalahan sosial di kalangan remaja kita. Ini adalah ciri-ciri remaja yang
tidak merdeka.
Perlu
diketahui moral dan akhlak sangat berbeza pengertiannya. Masalah keruntuhan pada
remaja Melayu yang beragama Islam, ianya lebih kepada keruntuhan akhlak,
bukannya moral. Perkataan Akhlak menurut
bahasa Arab iatiu al-akhlak, yang
merupakan kata jama' dari al-khuluq' yang bererti budi pekerti, tingkah
laku dan tabiat (Mustafa Hj. Daud, 1996:4 ). Perkataan ini pula adalah
pecahan dari perkataan 'al-khalaq' yang bererti ciptaan (Harun Din, 1985: 143) Menurut
Al-Ghazali , "Akhlak ialah suatu sifat yang tertanam dalam jiwa yang
daripadanya timbul perbuatan dengan mudah tanpa memerlukan pertimbangan fikiran
(lebih dahulu)" Moral pula diertikan menurut bahasa -Latin-Kata
dasarnya "mores"-kesusilaan, adab, sopan santun, tradisi dan
sebagainya yang menentukan piawai atau norma kelompok.
Remaja adalah seorang manusia yang berusia antara 14-21
tahun. Pada usia tersebut mereka sangat naif terhadap apa-apa perkara , mereka
selalu ingin mencuba semua yang ada di dunia ini tanpa memikirkan akibatnya di
masa yang akan datang.
Masalah sosial memang hebat dibincangkan di mana-mana
sahaja di dunia ini dan kini lebih hebat dibincangkan dari masa kesemasa di
Malaysia sendiri. Bukan sahaja masalah ini terjadi di negara membangun tetapi
di negara maju dan juga dunia ketiga. Remaja masa kini hidup penuh dengan
cabaran demi kemajuan dan kemodenan sehingga mereka kini hidup dengan penuh
kebebasan. Kebebasan remaja kini tiada terbatas lagi hingga berlaku pelbagai
masalah sosial di kalangan mereka yang bergelar remaja.
Permasalahan sosial di kalangan remaja masa kini amat
membimbangkan banyak pihak terutama sekali golongan ibu bapa dan golongan
pendidik. Adakah keruntuhan akhlak remaja ini berlaku seiring dengan
pembangunan negara dan kemajuan teknologi? Adakah akhlak remaja semakin jatuh
dan bagaikan tidak dapat dibendung lagi?
Bila
bercakap mengenai isu kerosakkan moral remaja,banyak pihak saling tunding
menunding salah menyalah antara satu sama lain. Persoalannya sekarang,siapakah
yang patut dipersalahkan secara total. Ramai yang menunding jari kepada ibubapa
bila isu ini dibincangkan. Tak ramai juga yang mempersalahkan golongan pendidik
iaitu guru dalam hal ini.
Negara
kita Malaysia sudah lebih 50 tahun merdeka daripada penjajah namun sehingga
kini kita belum benar-benar merdeka dengan erti kata lain kita masih dijajah
dengan unsur-unsur halus sejak dari dulu tanpa kita sedari telah merosakkan
anak muda bangsa kita sendiri. Sejak merdeka lagi golongan pemerintah telah
mentadbir negara dengan baik, memacu perubahan demi perubahan kearah kemajuan. Namun
mungkin golongan pemerintah terlupa atau terlepas pandang iaitu soal
pembelajaran agama Islam. Islam adalah agama rasmi negara kita namun kita dapat
lihat sendiri bagaimana agama ulung itu diajar di sekolah? Tidak sampai suku
pun ianya menepati kehendak sebenar Islam itu sendiri. Bila ajaran agama
dipinggirkan di sekolah,kanak-kanak tidak akan mempelajari sahsiah kehidupan
itu dengan sempurna.
Remaja
Merdeka. Itulah kata-kata yang sering kita dengar dari mulut remaja –remaja itu
sendiri. Apakah yang dimaksudkan dengan “Remaja Merdeka” ?
Menurut kamus Dewan Bahasa ‘ merdeka’
bermaksud bebas, lepas, berdiri sendiri dan tidak bergantung dengan orang
lain.. Jadi boleh dikatakan secara ringkasnya remaja merdeka ialah remaja yang bebas
tetapi bukan bebas yang terbabas, lepas , dan berdiri sendiri iaitu
tidak terlalu bergantung pada orang.
Remaja Merdeka adalah remaja yang ‘bebas’ dan ‘lepas’.
‘Bebas’ dan ‘lepas’ di sini bermaksud bahawa remaja itu bebas fikiran mereka
dari jajahan unsur-unsur negatif di mana mereka dapat membezakan antara buruk
dan baik sesuatu perkara. Remaja Islam khususnya akan kenal Allah dan Rasul
serta mengamalkan cara hidup yang sihat Mereka
tidak mudah terpengaruh dengan budaya atau idea korup seperti budaya barat yang
lebih banyak
mendatangkan keburukan dari kebaikan, pelanggaran akidah Islam seperti
mencintai muzik berat hingga membawa kepada sikap tidak bertuhan seperti
kumpulan Black Metal, berpeleseran , dan berbuat maksiat hingga menyebabkan kes
remaja mengandung semakin meningkat. Implikasinya berlaku pengguguran haram dan
buang bayi.
Remaja merdeka
juga ialah mereka yang bebas dari sikap atau sifat-sifat buruk seperti panas
baran, dendam dan ingin menunjukkan kuasa yang akhir sering membawa kepada
pergaduhan yang dahsyat, kes buli yang sering kita dengar hingga membawa kepada
kematian contohnya kes yang berlaku kepada pelajar di sekolah berasrama dan
ketika dalam kem PLKN.
Remaja merdeka
juga boleh dirujuk sebagai remaja yang berdiri atas kakinya sendiri iaitu
remaja itu tidak seratus bergantung pada ibu bapa atau orang lain. Biasanya
remaja begini akan bersemangat dalam apa juga yang dilakukan, dia akan berusaha
bersungguh-sungguh untuk mencapai apa yang diimpikannya tanpa banyak kerenah.
Biasanya remaja yang suka berdikari ini mempunyai pakej lengkap iaitu mempunyai
personaliti yang menarik iaitu biasanya dalam dirinya lebih banyak sifat
positif yang tertanam atau hidup subur dalam dirinya seperti sifat suka
membantu orang lain, berusaha bersungguh-sungguh, menyayangi diri sendiri, ibu
bapa, dan masyarakat, tidak mementingkan diri sendiri, bersikap prihatin dan
peka dengan persekitaran, serta bersih dari perlakuan buruk.
Terdapat
banyak faktor yang menjadi punca remaja kita sering dikaitkan gejala
sosial buruk. Antaranya ialah kurang kasih sayang,tiada pendidikan agama,
pengaruh persekitaran, pengaruh rakan sebaya, kekurangan ilmu bagi menyesuaikan
diri dengan kehidupan di bandar dan mempunyai sikap ingin mencuba sesuatu yang
tidak baik.
Dewasa ini, media massa memainkan peranan yang sangat
penting dalam mempengaruhi masyarakat khususnya golongan remaja. Melalui
teknologi yang semakin canggih ini, golongan remaja mudah terdedah kepada
banyak maklumat termasuk bahan yang tidak sesuai yang boleh mendatangkan bahaya
jika digunakan tanpa panduan daripada golongan dewasa.
Golongan pelajar lazimnya mudah meniru dan mengikut hal
yang dilihat di sekeliling mereka. Paparan adegan-adegan negatif dari filem
barat yang banyak memaparkan adegan ganas menimbulkan perasaan ingin tahu dan
ingin cuba sendiri mengikut apa yang mereka tonton dari video cakera padat dan
sesetengah program televisyen. Selain
daripada video cakera padat (VCD), bahan-bahan pornografi juga mudah
didapati melalui internet yang sukar dibuat tapisan oleh pihak yang berwajib.
Oleh itu, ibu bapa seharusnya membimbing dan memberi tunjuk ajar supaya remaja
ini mendapat panduan yang betul.
Rancangan televisyen pastinya mengghairahkan remaja
kerana memaparkan adegan-adegan yang menjolok mata dan kadang-kadang
unsur-unsur seks yang melampau serta cara hidup yang serba pincang. contohnya
filem-filem Barat yang di tayang di televisyen, lebih-lebih lagi bagi siaran
yang berbayar. Rancangan televisyen
sebegini seolah-olah memberikan satu fahaman bahawa orang ramai boleh
mengadakan seks rambang selagi tidak ada pencabulan hak dan kebebasan di antara
dua pihak. Budaya seperti inilah yang mendedahkan remaja kepada
penyakit-penyakit kelamin yang berbahaya.
Anak-anak muda
kini diajak menjadi golongan yang berfikiran terbuka. Malangnya, minda mereka
dicemar oleh konsepsi kehidupan yang membawa kepada kecelaruan. Zaman ini
perempuan Melayu Islam yang memakai mini skirt, seluar pendek atau memadankan
tubuh dengan bikini dan bertanding dalam peraduan ratu cantik di khayalak ramai
tidak dianggap sebagai pesalah. Golongan wanita muda yang berpakaian
menjolok mata tidak dapat menerima pendapat bahawa merekalah yang memainkan
peranan dalam melonjaknya jumlah kes rogol dan pencabulan kehormatan.
Perasaan ingin berpasangan semakin memuncak ketika berada di alam remaja juga menyumbang kepada keruntuhan akhlak remaja itu sendri. Sekiranya perasaan ini tidak dikawal atau dibendung sudah tentu ia akan membawa kepada masalah sosial. Isu terkini benarkah remaja kini banyak terlibat dalam aktiviti seks bebas? Mereka bercinta dan melakukan hubungan seks serentak demi cinta sejati.
Remaja lelaki dan perempuan masa kini menghadapi masalah
sosial seperti pergaulan bebas, anak luar nikah, zina dan sebagainya. Bercinta
tidak pernah dianggap salah malahan orang yang tidak percaya akan cinta kepada
insan lain dan pencipta-Nya merupakan golongan manusia yang rugi. Islam sendiri
menggalakkan umatnya saling kenal mengenali antara satu sama lain tanpa mengira
jantina, bangsa dan agama. Mungkin ada
cara untuk menangani masalah percintaan. Remaja diingatkan supaya berkawan atau
bercinta dengan cara yang telah digariskan oleh Islam yang diantaranya adalah
mengelakkan pergaulan tanpa batas, berdua-duaan di tempat sunyi dan sebagainya.
Penggunaan untuk mengisi waktu lapang bagi remaja sering
diabaikan. Kerap kita berjumpa dengan remaja-remaja yang masih memakai pakaian
seragam sekolah berkeliaran di pusat membeli belah atau ‘melepak’ di tepi
jalan. Kegiatan semacam ini dirasakan kurang bermanfaat dan dapat menimbulkan
berbagai masalah sosial, seperti mengganggu ketenteraman. Pelajar yang sibuk dan menyukai kesibukan,
biasanya memiliki masa lapang yang terbatas. Mereka kurang berminat pada
kegiatan-kegiatan yang tidak berfaedah. Pengisian masa lapang yang kurang
terarah, akan mendesak remaja melakukan aktiviti atau kegiatan yang kurang
terarah seperti perbuatan negatif. Oleh
itu perlu diingat aktiviti apa saja yang dipilih oleh seseorang, khususnya
remaja, sebagai pengisi masa lapang tidak harus dipandang remeh oleh ahli
keluarga.
Kerajaan telah melakukan bermacam-macam cara untuk menarik minat dan perhatian remaja dari melakukan aktiviti yang tidak berfaedah, seperti kempen Budi Bahasa budaya kita, Tak Nak kepada Rokok, Belia Benci Dadah dan banyak lagi, namun usaha dan susulan sedemikian yang giat dilaksanakan dengan bantuan badan-badan tertentu tidak begitu berjaya menarik minat remaja secara menyeluruh. JAKIM sebagai salah sebuah agensi kerajaan juga turut serta dalam hal ini seperti mengadakan program menjadikan masjid sebagai tempat persinggahan penagih dadah, bengkel menangani gejala sosial remaja, dakwah untuk remaja, menerbitkan bahan-bahan bacaan berunsur Islam untuk remaja serta banyak lagi.
Tanggungjawab membanteras masalah sosial sebegini bukan
sahaja tanggungjawab kerajaan dan pihak sekolah sahaja malah tanggungjawab ini
harus dipikul oleh semua pihak, terutama ibu bapa sendiri. Adalah tidak
munasabah sekiranya pihak ibu bapa sekadar menuding jari kepada pihak lain
sekiranya anaknya bertindak liar.
Menurut Islam, kanak-kanak mula dapat membezakan perkara
yang baik dan buruk setelah mencapai mumaiyiz iaitu berumur tujuh tahun.
Pada ketika inilah ibu bapa atau penjaganya patut melatih anak mengerjakan
ibadat yang wajib. Apabila anak mencapai umur baligh, mereka wajib melaksanakan
semua suruhan agama dan menjauhkan segala larangannya. Islam mempunyai suatu sistem yang cukup
lengkap, datangnya dari pencipta manusia sendiri iaitu Allah SWT yang
sendirinya tahu tentang baik atau buruk bagi manusia itu. Amalkan ajaran Islam
sepenuhnya sebagai cara hidup
Sebagai kesimpulannya , Sama ada disedari atau tidak
kebanyakan masalah yang melanda remaja masa kini adalah disebabkan oleh tekanan
serta permasalahan yang wujud di dalam persekitaran. Terdapat banyak faktor
yang perlu ditimbangkan sebelum kita boleh menuding jari siapa penyumbang utama
isu ini. Bak kata pepatah “mencegah adalah lebih baik daripada mengubati ”.
Maka, adalah wajar bagi semua pihak untuk sentiasa menangani dan prihatin
dengan permasalahan sosial remaja. Sebagai penjaga kepada anak-anak, ibu bapa
haruslah lebih peka dan sentiasa mengambil berat tentang masalah yang dihadapi oleh
anaknya. Ibu bapa haruslah bersikap terbuka dan membincangkan isu ini dengan
anak-anak mereka Marilah kita dengan penuh sedar dan keinsafan bergabung
fikiran, tenaga, kepakaran dan pengalaman, bertindak mencari jalan penyelesaian
walaupun usaha yang dilaksanakan nanti belum pasti dapat menghapuskan
permasalahan ini tetapi sekurang-kurangnya kita berusaha untuk membendung
daripada terus merebak memusnahkan anak bangsa rakyat yang tercinta. Begitu
juga dengan remaja, mereka seharusnya sentiasa peka dan terus berusaha untuk
menjadi remaja yang merdeka. “Remaja hari ini adalah pemimpin hari esok”.
Wassalam……..
Saturday, September 5, 2009
HADITH HARI INI
Muslim dan Abu ‘Uwanah
Membaca surah al-Fatihah
merupakan salah satu daripada 13 rukun solat. Surah tersebut mestilah
dibaca dengan makhraj yang betul. Barulah hati akan mengikuti dan
memahami makna setiap kalimah yang terucap. Misalnya apabila dibaca
ayat keempat dari Surah al-Fatihah yang bermaksud: "Tuhan yang memiliki
hari Akhirat." Maka tergambar segala kekalutan, kesibukan dan huru-hara
manusia yang bersesak di padang Masyhar. Terasalah akan kekerdilan dan
kelemahan diri di sisi Allah SWT. Apabila membaca ayat kelima dari
surah al-Fatihah yang bermaksud : "Engkaulah yang ku sembah dan
Engkaulah tempat ku bermohon." Bererti kita telah memberikan kesetiaan
dan pengabdian hanya kepada Allah, bukan menjadi penyembah hawa nafsu
atau selainnya. Ringkasnya membaca surah al-Fatihah dalam solat adalah
wajib. Ia tidak boleh dipandang ringan kerana dengan bacaan tersebut
menjadikan diri kita insaf sekali gus menjamin kita daripada lalai di
dalam solat.
Jangan kedekut @ tamak !
Abu Hurairah r.a berkata
: “Seorang lelaki datang kepada Nabi SAW maka bertanyalah ia : “Ya
Rasulullah, sedekah manakah yang paling besar pahalanya? Nabi menjawab:
“Sedekah yang engkau berikan sedangkan engkau dalam keadaan sihat dan
sangat sayang kepada harta, engkau takut kepapaan dan engkau harapkan
kekayaan. Dan janganlah engkau menangguhkan pemberian sedekah sehingga
apabila roh engkau telah hampir ke kerongkong berkatalah engkau :
“Untuk si anu begini, untuk si anu begini. Sesungguhnya si polan itu
telah memilikinya.”
(al-Bukhari dan Muslim)
Islam menganjurkan kita
agar bersedekah dalam keadaan sihat. Kerana sesungguhnya bersedekah
dalam keadaan sihat itu lebih besar pahalanya daripada bersedekah dalam
keadaan sakit dan menampakkan lagi keikhlasan kita dalam melakukan
kebajikan di jalan Allah SWT.Friday, September 4, 2009
Aktiviti-aktiviti sekolah
Kursus Haji dan Umrah (30 Julai 2009)
Usrah dan Tahlil (19 Ogos 2009)
Majlis Tadarus dan Khatam Al-Quran (15 Sept 2009)
Praktikal Solat dan Takbir Raya (17 Sept 2009)
Thursday, September 3, 2009
Warga Sekolah
Rahimah Binti Tukiman (Guru Besar)
Zarina Binti Yahya (GPK1)
Mohd Farid @ Selamat Bin Talibin (GPK Hem)
Sabariah Binti Abd Manap (GPK Koko)
Yusnita Binti Bahrin
Zarina Binti Yahya (GPK1)
Mohd Farid @ Selamat Bin Talibin (GPK Hem)
Sabariah Binti Abd Manap (GPK Koko)
Suzana Binti Mohd Noh
Rosidah Binti Sulong
Zaimawati Binti Dollah
Yusnita Binti Bahrin
Rohana Binti Mohammad
Rodziah Hanim Binti Abd Azib
Rini Sharida Binti Hazran
Norhasidah Binti Ahmad
Nurul Asiqin Binti Azman
Wednesday, September 2, 2009
Tuesday, September 1, 2009
Profil blogger
Namaku Suzana binti Mohd Noh. Aku dilahirkan di sebuah perkampungan nelayan iaitu di Sedili Besar, Kota Tinggi, Johor. Aku dilahirkan pada 14 September 1977. Lebih 10 tahun aku meneroka bidang perguruan. Kini aku mengajar di Sekolah Agama Sri Mahkota yang merupakan sekolah yang ketiga sepanjang aku bergelar guru. Walaupun aku sudah bekerja namun aku masih menuntut di Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Temenggung Ibrahim.
Subscribe to:
Posts (Atom)